Tuesday, September 13, 2011

another update

hey everybody

maafla kalau kami mcm diam menyepi je. due to kesibukan kerja and komitmen masing2 kami pun xsempat nk update korg semua dgn perkembangan terbaru. but no worries, kami masih lagi komited utk memberikan gathering yg terbaik utk korg semua

hopefully semua dah dapat e mail blast baru2 ni. kepada yg xdpt, xleh baca atau terdelete ke, just inform us. korg pun tau camne mau contact kitorg kan

seperti yg dinyatakan dlm e mail blast, tarikh akhir pembayaran baki deposit sebyk rm50 telah dilanjutkan dari 15 september 2011 ke 20 september 2011. so harapnya dgn 5 hari extension tu, korg semua sempat la mau kumpul2 duit utk bayar. bayaran boleh dibuat ke akaun yang sama korg bayar deposit aritu. kalau korg hilang num akaunnye, jgn risau sbb kitorg leh je bg num akaun tu sekali lg

dan kepada sesiapa yg ada business kecil2an atau apa2 yg nak diiklankan, sila hubungi agensi pengiklanan kami yg mesra melalui e mail rasmi gath. mana tau insyaAllah iklan2 ini akan reach lebih ramai lagi potential customer korg. tarikh tutup penghantaran iklan adalah masih pada 15 september 2011

kepada yg mungkin terlupa, kami recap sket aktiviti yg bakal berlaku pada hari kejadian

sesi pemecah ais
acara sukan
dinner, special performance and karaoke
pillow talk session
cabutan bertuah
award personaliti pilihan
- sengetians paling ramah
- sengatians paling cool
- sengetians paling kelakar
- sengetians paling  bergaya
- sengetians paling sporting
sesi pengambaran
dan aktiviti2 lain

untuk details tentang location dan map, kami akan berikan pada e mail blast terakhir yg dijanga akan diberi seawalnya 2 minggu sebelum tarikh gath. pls keep urself updated and check ur e mails regularly

jadi jgn lupa clearkan date anda pada 8 dan 9 oktober ini, kerana kami sudah berasa excited mau memperbuat gath ini terhadap anda. we hope u guys are excited as well.ebarang kemuykilan sila berhubung dgn konco2 gath terdekat

Thursday, August 4, 2011

iklan! iklan!

bersempena gath yang akan datang tak lama lagi, kami juga ada membuka ruangan iklan di dalam buku program. ruangan-ruangan khas lagi berwarna-warni ini boleh dibeli dengan harga RM50 sahaja setiap satu. tapi kalau beli lebih, kita boleh kawtim harga.

maka dijemputlah semua untuk beramai-ramai mengiklankan apa saja yang anda suka di dalam buku program itu nanti. kawan-kawanlah sebenarnya network dan downline perniagaan yang anda cari-cari selama ini. jadi, apa tunggu lagi!

anda boleh menghantar design sendiri atau bagi butiran dan kami akan tolong buat design secara percuma. semua tempahan iklan harus sampai kepada kami selewat-lewatnya 23 September 2011.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi tokei gath yang terdekat atau emailkan saja pada thegath2011@gmail.com

-organizer thegath2011-

Thursday, July 14, 2011

another update

hey there everybody

alhamdulillah, kami dah selamat terima semua  first payment daripada semua 39 peserta gath. kepada yg dah byr penuh pun, terima kasih byk2. dan harapnye semua peserta gath dah dapat e mail blast kami ttg confirmation dan maklumat awal gath. kalau ada yg xdpt, sila rujuk partner atau ketua rombongan masing2

terima kasih byk atas kesudian korg nk luangkan masa join gath kali ni. kepada yg xdpt dan terlepas booking, kami betul2 mintak maaf sbb mmg dah xdpt nk squeeze lg. lagipun tempat ni adalah per head basis, dan kami pun dah booking keseluruhan tempat tu. unless, kalau ada peserta yg terpaksa menarik diri di saat akhir, mungkin kami boleh letakkan mereka2 yg masih bertanya ini dlm KIV list

tak lupa juga, terima kasih kepada yg bagi sokongan, semangat dan sama2 mendoakan kejayaan gath kali ini. it means a lot to us. u guys are the best. juga kepada yg sudi bg sponsor barang2, terima kasih sgt2. terharu rasanya bila ada yg sama2 tolong meringankan beban kewangan kami. dan kepada anda semua, kalau ada sesiapa yg sudi juge mau sponsor, xkira dr segi material atau monetary, kami dgn tgn terbuka berbesar hati menerima sumbangan2 anda

memandangkan dlm a few weeks back, berlaku masalah dgn lokasi gath yg mana kami overlooked some major details, kami terpaksa membatalkan booking dgn location yg lama. tapi alhamdulillah, we managed to overcome the problem and berjaya secure this new venue dlm masa yg singkat. siap booking the whole place lagi. jadi deskripsi ttg venue pun ada sedikit perubahan

lokasinye masih lagi sepertimana dimaklumkan dalam e mail blast baru2 ini. tapi instead of swimming pool, tempat ni ada sungai uols (atau running swimming pool seperti kata penjaga tempat ni). jadi sediakan kain batik uols untuk berkemban di tepian sungai.

open jacuzzi juge disediakan di sini, dgn bayaran tambahan sebanyak rm50 per session selama 90 minit. jadi kepada yg nk berjacuzzi dgn pasangan atau dgn skandal2 pilihan, sila bayar sendiri kerana pihak kami tidak akan menaja kos percintaan anda

karaoke juge disediakan bagi menunjukkan 'bakat' masing2 dlm bidang nyanyian. kami masih belum mengenalpasti pilihan lagu2 yg ada, tapi demi fanta, kalau xde lagu 'teratai layu di tasik madu' tu, payid sanggup bawak CD karaoke khas. ehehe

tapi malangnye tempat ni xde kolam pancing. tapi jgn risau kerana anda masih berpeluang 'memancing' mereka2 yg single di sini. jadi instead of batang pancing, sila sediakan charming cards anda dan asah skill mengorat masing2

selain itu, semua bilik penginapan juge dilengkapi dgn TV with selected ASTRO channels, mini fridge dan cable internet access. so lepas amik2 gamba boleh terus online dan upload dlm facebook bagi menjeleskan mereka yg xpegi gath

kami juge mengambil kesempatan ni utk memaklumkan bahawa kami akan membuka ruangan iklan pada buku program gath nanti. jadi kalau ada sape2 yg nk iklankan perniagaan masing2 ke, rumah sewa ke atau nk iklankan diri sendiri utk  ON TEMAN. details tentang iklan ni akan diberikan dalam update yg akan dtg

kalau anda ada sebarang kemusykilan (seperti nk tau ex anda pegi gath ke tak, atau gadis yg anda idam2 kan tu duduk sebilik ngn sape, atau detail2 yg lain) sila berhubung dgn tokei besar gath. maklumat2 ekslusif camtu tokei besar je yg ada. klu kemusykilan lain boleh berhubung dgn konco2 gath yg berdekatan

Tuesday, June 28, 2011

it's closed uols!!!

uols

ye kami tau mmg ada sehari lagi sebelum the real closing date. tapii... memandangkan tetiba sahaja lately kami mendapat sambutan yang overwhelming, sekali bertubi2 duit masuk dlm akaun tokei. setelah tokei tak tahan lagi dilimpahi kemewahan sementara, maka dgn ini kami mungumumkan secara rasmi bahawa booking utk gath 2011 ini DITUTUP!

kami mintak maaf sgt2 kepada yg tak sempat nk book. tapi kami hanya boleh accept booking sampai 40 org sahaja. lebih dari itu, kami takut ada yg terpaksa berkhemah di pinggiran pula. sat lagi beruang ke, jebon ke mai menyerang uols, kitorg xnk bertanggungjawab. masa tu haruih masuk hairan metro "gadis dibaham beruang". how?

insyaAllah, ada rezeki mungkin thn depan kita gathering sama2, tapi masa tu kena kawtim ngn next organizer la ye. time kasih byk2 la kerana berminat nk join. terharu sgt rasanya bila kwn2 semua bg sambutan yg memberansangkan

kepada yg dah booking and dapat confirmation dari kami, tahniah uols! dan terima kasih sgt kerana sudi meluangkan masa utk join gath kita kali ni. kami sgt berbesar hati ngn sokongan anda semua. insyaAllah, kami akan cuba berikan yg terbaik utk korg. dah rasa motivated utk bekerja dgn lebih keras bila duit byk di dlm akaun. hehe. amanah org ni, mesti dilaksanakan baik2

nantikan update seterusnya tak lama lagi ye! see u there...!

Monday, June 13, 2011

it's 15 days before closing date

salam everybody

first and foremost, terima kasih byk2 utk sokongan yg overwhelming dari kwn2 semua. tokei gath serta konco2 sekalian berasa sgt terharu dgn feedback yg diberikan. pada kwn2 yg xdpt dtg tapi tetap setia memberi sokongan dr jauh pun, time kasih byk2 diucapkan

we would love to remind u guys yg closing date for booking adalah pada 30 june 2011 so it's like lebih kurang 15 hari lagi. please be informed that tempat adalah terhad kepada 40 org, and kami memberi peluang kepada first come first serve basis. kami pun xlarat nk organize gath besar2. nk organize yg xsebesar mana ni pun sudah pressure. hehe. so kepada yg berminat sila email ke thegath2011@gmail.com utk detail lebih lanjut

insyaAllah, kami menjanjikan gath yg best utk anda semua. mungkin xsehebat mana memandangkan kami on tight budget. barang2 pun mostly handmade saje (terima kasih kepada konco2 yg kreatif). tapi akan berusaha memberikan yg terbaik kepada korg semua

tokei gath akan mengupdate anda lagi dgn details of the gath activities, insyaAllah selepas closing date nnt. maafla sbb kitorg pun kesuntukan masa nk update every now and then. but check out for the next update anytime soon, for more juicy details

seperti biasa, kiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung dgn tokei2 gath yg terdekat

Tuesday, May 31, 2011

30 days from closing date

salam siaran

rupa2nya dah masuk bulan june arini. kira2 tinggal 4 bulan je lagi untuk preparation gath. OMG, jantung mau pecah....

setakat sekarang, alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang. kita masih lagi berbincang tentang barangan untk goodie bag dan dijangka akan mencapai kata putus xberapa lama lagi. aktiviti semua dah dirancang, tempat awal2 lagi dah booking, menu pun kita dah plan siap2 (yg ni mmg awal2 lagi. hehe)

baru2 ni pun, saya dah minta sekretari saya (eceh, payid dah pakai sekretari skang) utk spread the news and send invitations thru FB. harapnye semua dah selamat sampai. tapi saya minta maaf siap2 andai ada yg xdpt personal invitaions tu. bukanla niat xmau menjemput, tapi ada di antara korg yg xde dalam frenlistnye. mungkin dlm ramai2 tu juge ada yg terskip2. tapi jgnla berkecil hati dan xnk dtg pula kalau xdpt personal invitation. asalkan anda adalah sebahagian daripada org mcm kita dan ada access ke blog ni, anda semua dijemput hadir ke gath sengetians nanti dgn besar hati

dan suka saya maklumkan tarikh tutup utk deposit pertama gath sebanyak rm100 ialah pada 30 june 2011 ini. kepada berminat sila email secepat mungkin ke thegath2011@gmail.com bagi mendapat butiran seperti bank account number untuk payment transfer. sebarang maklumat yg lebih detail hanya akan diberi melalui email bagi tujuan keselamatan

terima kasih kepada anda semua yg berminat dan membero sokongan kepada gath ini. kalau sape2 yg teringin nk sponsor pun, kami amat berbesar hati mengalu2kan sumbangan anda

sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan tokei2 gath berdekatan anda. tokei2 gath yg manis dan baik hati sentiasa bersedia membantu anda

Tuesday, May 17, 2011

hey hey...gathering updates datang lagi

uols.... maafin kerna terlalu lama xupdate. rupanya dah sebulan lebih! tokei2 gath pun sebenarnya sibuk bercinta kerja sampai terlupa nak update blog

jgn pulak korg ingt gath ni xjadi ye. it's still on, pada 8 dan 9 october 2011 nanti. dah korek duit tabung bayar deposit venue, apa pulak xjadi nye. hehe

agak aneh juge bila blog ni mcm senyap sunyi je. korg xjumpa url ke, uols? nnt tokei akan cuba bg promotion besar2an terhadap address blog ni. maybe masa pindah rumah aritu, ada yg terlepas informationnye. check it out from time to time ye

terima kasih kpd yg dah bg feedback dan menunjukkan minat utk datang. kepada yg dah email/text/private msg tokei personally, insya Allah email blast yg pertama akan diberi utk makluman awal, temasuk num akaun utk dibayar depositnye. jgn risau, tarikh akhir utk byr deposit pertama dan confirmkan kehadiran ialah pada 30 JUNE 2011. masih sempat lagi kalau uols nak menabung sikit2. deposit pertama adalah rm100 dan baki rm50 perlu dibayar sebelum 15 September 2011. bayaran baki tu boleh la korg guna balance2 duit raya yg ada kan. hehe

setelah beberapa kali meeting, pihak committe telah plan beberapa aktiviti untuk gath yg akan datang. selain games utk aktiviti ice breaking dan acara sukan rakyat yg dijamin best dan seronok gile, kita juga plan beberapa acara lain

bagi award utk personaliti pilihan, instead of satu kategori sahaja, kita telah buka beberapa kategori yg baru bagi meningkatkan peluang lebih ramai org utk menang. antara kategori yg dicadangkan adalah seperti berikut

1. sengetians paling ramah
2. sengetians paling cool
3. sengetians paling sporting
4. sengetians paling bergaya
5. sengetians paling kelakar

serta beberapa kategori rahsia yg merupakan surprise kepada semua. jadi kepada yg dah berkira2 nk datang, bolehla menyusun strategi utk kategori yg dipertandingkan.

selain itu, seperti yg kita pernah highlite sebelum ini, kita juga akan mengadakan aktiviti gift exchange. bukanla tokei gath cheapskate sgt xnk bg korg doorgifts. kita tetap akan berikan doorgifts yg comel kepada anda semua. tp utk create personal connection between the sengetians, kita cadangkan setiap sorg peserta gath utk bawa hadiah sendiri utk ditukar dgn peserta lain. hadiah tu tak perlu mahal2. asalkan ada personal touch daripada tuan punye, itu pada kitorg lebih exclusive kepada kitorg. tp klu korg nk hadiahkan pakej percutian ke, samsung galaxy tab ke, atau koleksi terbaru habib jewels, kitorg ok je....

kami juga mendapat cadangan dari lantai (suggestion from the floor) utk buat acara biggest loser sengetians. utk acara ni, kita mungkin perlu buat acara pre gathering yg mana peserta yg berminat akan berkumpul utk ditimbang berat beberapa bulan sebelum gath. dan pada hari gathering, peserta akan ditimbang semula dan siapa yg paling byk lose weight akan dikira sebagai pemenang. tapi kami memerlukan feedback anda. kalau ramai yg berminat dgn acara ni, mungkin kami akan pertimbangkan utk dimasukkan ke dalam cadangan aktiviti.

kami memerlukan cadangan dan feedback dari anda semua. kalau ada sebarang idea2 menarik utk dipertimbangkan, sila berhubung melalui e mail rasmi kami atau personal email saya. kalau mau sms atau private msg saya di FB pun boleh. tapi kalau berminat nk date ngn saya, saya hanya mempertimbangkan mereka yg sanggup membelanja saya sekurang2nya nancis dan tandoori peha. takat teh tarik je xlayan!