Tuesday, September 13, 2011

another update

hey everybody

maafla kalau kami mcm diam menyepi je. due to kesibukan kerja and komitmen masing2 kami pun xsempat nk update korg semua dgn perkembangan terbaru. but no worries, kami masih lagi komited utk memberikan gathering yg terbaik utk korg semua

hopefully semua dah dapat e mail blast baru2 ni. kepada yg xdpt, xleh baca atau terdelete ke, just inform us. korg pun tau camne mau contact kitorg kan

seperti yg dinyatakan dlm e mail blast, tarikh akhir pembayaran baki deposit sebyk rm50 telah dilanjutkan dari 15 september 2011 ke 20 september 2011. so harapnya dgn 5 hari extension tu, korg semua sempat la mau kumpul2 duit utk bayar. bayaran boleh dibuat ke akaun yang sama korg bayar deposit aritu. kalau korg hilang num akaunnye, jgn risau sbb kitorg leh je bg num akaun tu sekali lg

dan kepada sesiapa yg ada business kecil2an atau apa2 yg nak diiklankan, sila hubungi agensi pengiklanan kami yg mesra melalui e mail rasmi gath. mana tau insyaAllah iklan2 ini akan reach lebih ramai lagi potential customer korg. tarikh tutup penghantaran iklan adalah masih pada 15 september 2011

kepada yg mungkin terlupa, kami recap sket aktiviti yg bakal berlaku pada hari kejadian

sesi pemecah ais
acara sukan
dinner, special performance and karaoke
pillow talk session
cabutan bertuah
award personaliti pilihan
- sengetians paling ramah
- sengatians paling cool
- sengetians paling kelakar
- sengetians paling  bergaya
- sengetians paling sporting
sesi pengambaran
dan aktiviti2 lain

untuk details tentang location dan map, kami akan berikan pada e mail blast terakhir yg dijanga akan diberi seawalnya 2 minggu sebelum tarikh gath. pls keep urself updated and check ur e mails regularly

jadi jgn lupa clearkan date anda pada 8 dan 9 oktober ini, kerana kami sudah berasa excited mau memperbuat gath ini terhadap anda. we hope u guys are excited as well.ebarang kemuykilan sila berhubung dgn konco2 gath terdekat

Thursday, August 4, 2011

iklan! iklan!

bersempena gath yang akan datang tak lama lagi, kami juga ada membuka ruangan iklan di dalam buku program. ruangan-ruangan khas lagi berwarna-warni ini boleh dibeli dengan harga RM50 sahaja setiap satu. tapi kalau beli lebih, kita boleh kawtim harga.

maka dijemputlah semua untuk beramai-ramai mengiklankan apa saja yang anda suka di dalam buku program itu nanti. kawan-kawanlah sebenarnya network dan downline perniagaan yang anda cari-cari selama ini. jadi, apa tunggu lagi!

anda boleh menghantar design sendiri atau bagi butiran dan kami akan tolong buat design secara percuma. semua tempahan iklan harus sampai kepada kami selewat-lewatnya 23 September 2011.

untuk maklumat lanjut, sila hubungi tokei gath yang terdekat atau emailkan saja pada thegath2011@gmail.com

-organizer thegath2011-

Thursday, July 14, 2011

another update

hey there everybody

alhamdulillah, kami dah selamat terima semua  first payment daripada semua 39 peserta gath. kepada yg dah byr penuh pun, terima kasih byk2. dan harapnye semua peserta gath dah dapat e mail blast kami ttg confirmation dan maklumat awal gath. kalau ada yg xdpt, sila rujuk partner atau ketua rombongan masing2

terima kasih byk atas kesudian korg nk luangkan masa join gath kali ni. kepada yg xdpt dan terlepas booking, kami betul2 mintak maaf sbb mmg dah xdpt nk squeeze lg. lagipun tempat ni adalah per head basis, dan kami pun dah booking keseluruhan tempat tu. unless, kalau ada peserta yg terpaksa menarik diri di saat akhir, mungkin kami boleh letakkan mereka2 yg masih bertanya ini dlm KIV list

tak lupa juga, terima kasih kepada yg bagi sokongan, semangat dan sama2 mendoakan kejayaan gath kali ini. it means a lot to us. u guys are the best. juga kepada yg sudi bg sponsor barang2, terima kasih sgt2. terharu rasanya bila ada yg sama2 tolong meringankan beban kewangan kami. dan kepada anda semua, kalau ada sesiapa yg sudi juge mau sponsor, xkira dr segi material atau monetary, kami dgn tgn terbuka berbesar hati menerima sumbangan2 anda

memandangkan dlm a few weeks back, berlaku masalah dgn lokasi gath yg mana kami overlooked some major details, kami terpaksa membatalkan booking dgn location yg lama. tapi alhamdulillah, we managed to overcome the problem and berjaya secure this new venue dlm masa yg singkat. siap booking the whole place lagi. jadi deskripsi ttg venue pun ada sedikit perubahan

lokasinye masih lagi sepertimana dimaklumkan dalam e mail blast baru2 ini. tapi instead of swimming pool, tempat ni ada sungai uols (atau running swimming pool seperti kata penjaga tempat ni). jadi sediakan kain batik uols untuk berkemban di tepian sungai.

open jacuzzi juge disediakan di sini, dgn bayaran tambahan sebanyak rm50 per session selama 90 minit. jadi kepada yg nk berjacuzzi dgn pasangan atau dgn skandal2 pilihan, sila bayar sendiri kerana pihak kami tidak akan menaja kos percintaan anda

karaoke juge disediakan bagi menunjukkan 'bakat' masing2 dlm bidang nyanyian. kami masih belum mengenalpasti pilihan lagu2 yg ada, tapi demi fanta, kalau xde lagu 'teratai layu di tasik madu' tu, payid sanggup bawak CD karaoke khas. ehehe

tapi malangnye tempat ni xde kolam pancing. tapi jgn risau kerana anda masih berpeluang 'memancing' mereka2 yg single di sini. jadi instead of batang pancing, sila sediakan charming cards anda dan asah skill mengorat masing2

selain itu, semua bilik penginapan juge dilengkapi dgn TV with selected ASTRO channels, mini fridge dan cable internet access. so lepas amik2 gamba boleh terus online dan upload dlm facebook bagi menjeleskan mereka yg xpegi gath

kami juge mengambil kesempatan ni utk memaklumkan bahawa kami akan membuka ruangan iklan pada buku program gath nanti. jadi kalau ada sape2 yg nk iklankan perniagaan masing2 ke, rumah sewa ke atau nk iklankan diri sendiri utk  ON TEMAN. details tentang iklan ni akan diberikan dalam update yg akan dtg

kalau anda ada sebarang kemusykilan (seperti nk tau ex anda pegi gath ke tak, atau gadis yg anda idam2 kan tu duduk sebilik ngn sape, atau detail2 yg lain) sila berhubung dgn tokei besar gath. maklumat2 ekslusif camtu tokei besar je yg ada. klu kemusykilan lain boleh berhubung dgn konco2 gath yg berdekatan

Tuesday, June 28, 2011

it's closed uols!!!

uols

ye kami tau mmg ada sehari lagi sebelum the real closing date. tapii... memandangkan tetiba sahaja lately kami mendapat sambutan yang overwhelming, sekali bertubi2 duit masuk dlm akaun tokei. setelah tokei tak tahan lagi dilimpahi kemewahan sementara, maka dgn ini kami mungumumkan secara rasmi bahawa booking utk gath 2011 ini DITUTUP!

kami mintak maaf sgt2 kepada yg tak sempat nk book. tapi kami hanya boleh accept booking sampai 40 org sahaja. lebih dari itu, kami takut ada yg terpaksa berkhemah di pinggiran pula. sat lagi beruang ke, jebon ke mai menyerang uols, kitorg xnk bertanggungjawab. masa tu haruih masuk hairan metro "gadis dibaham beruang". how?

insyaAllah, ada rezeki mungkin thn depan kita gathering sama2, tapi masa tu kena kawtim ngn next organizer la ye. time kasih byk2 la kerana berminat nk join. terharu sgt rasanya bila kwn2 semua bg sambutan yg memberansangkan

kepada yg dah booking and dapat confirmation dari kami, tahniah uols! dan terima kasih sgt kerana sudi meluangkan masa utk join gath kita kali ni. kami sgt berbesar hati ngn sokongan anda semua. insyaAllah, kami akan cuba berikan yg terbaik utk korg. dah rasa motivated utk bekerja dgn lebih keras bila duit byk di dlm akaun. hehe. amanah org ni, mesti dilaksanakan baik2

nantikan update seterusnya tak lama lagi ye! see u there...!

Monday, June 13, 2011

it's 15 days before closing date

salam everybody

first and foremost, terima kasih byk2 utk sokongan yg overwhelming dari kwn2 semua. tokei gath serta konco2 sekalian berasa sgt terharu dgn feedback yg diberikan. pada kwn2 yg xdpt dtg tapi tetap setia memberi sokongan dr jauh pun, time kasih byk2 diucapkan

we would love to remind u guys yg closing date for booking adalah pada 30 june 2011 so it's like lebih kurang 15 hari lagi. please be informed that tempat adalah terhad kepada 40 org, and kami memberi peluang kepada first come first serve basis. kami pun xlarat nk organize gath besar2. nk organize yg xsebesar mana ni pun sudah pressure. hehe. so kepada yg berminat sila email ke thegath2011@gmail.com utk detail lebih lanjut

insyaAllah, kami menjanjikan gath yg best utk anda semua. mungkin xsehebat mana memandangkan kami on tight budget. barang2 pun mostly handmade saje (terima kasih kepada konco2 yg kreatif). tapi akan berusaha memberikan yg terbaik kepada korg semua

tokei gath akan mengupdate anda lagi dgn details of the gath activities, insyaAllah selepas closing date nnt. maafla sbb kitorg pun kesuntukan masa nk update every now and then. but check out for the next update anytime soon, for more juicy details

seperti biasa, kiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung dgn tokei2 gath yg terdekat

Tuesday, May 31, 2011

30 days from closing date

salam siaran

rupa2nya dah masuk bulan june arini. kira2 tinggal 4 bulan je lagi untuk preparation gath. OMG, jantung mau pecah....

setakat sekarang, alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang. kita masih lagi berbincang tentang barangan untk goodie bag dan dijangka akan mencapai kata putus xberapa lama lagi. aktiviti semua dah dirancang, tempat awal2 lagi dah booking, menu pun kita dah plan siap2 (yg ni mmg awal2 lagi. hehe)

baru2 ni pun, saya dah minta sekretari saya (eceh, payid dah pakai sekretari skang) utk spread the news and send invitations thru FB. harapnye semua dah selamat sampai. tapi saya minta maaf siap2 andai ada yg xdpt personal invitaions tu. bukanla niat xmau menjemput, tapi ada di antara korg yg xde dalam frenlistnye. mungkin dlm ramai2 tu juge ada yg terskip2. tapi jgnla berkecil hati dan xnk dtg pula kalau xdpt personal invitation. asalkan anda adalah sebahagian daripada org mcm kita dan ada access ke blog ni, anda semua dijemput hadir ke gath sengetians nanti dgn besar hati

dan suka saya maklumkan tarikh tutup utk deposit pertama gath sebanyak rm100 ialah pada 30 june 2011 ini. kepada berminat sila email secepat mungkin ke thegath2011@gmail.com bagi mendapat butiran seperti bank account number untuk payment transfer. sebarang maklumat yg lebih detail hanya akan diberi melalui email bagi tujuan keselamatan

terima kasih kepada anda semua yg berminat dan membero sokongan kepada gath ini. kalau sape2 yg teringin nk sponsor pun, kami amat berbesar hati mengalu2kan sumbangan anda

sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan tokei2 gath berdekatan anda. tokei2 gath yg manis dan baik hati sentiasa bersedia membantu anda

Tuesday, May 17, 2011

hey hey...gathering updates datang lagi

uols.... maafin kerna terlalu lama xupdate. rupanya dah sebulan lebih! tokei2 gath pun sebenarnya sibuk bercinta kerja sampai terlupa nak update blog

jgn pulak korg ingt gath ni xjadi ye. it's still on, pada 8 dan 9 october 2011 nanti. dah korek duit tabung bayar deposit venue, apa pulak xjadi nye. hehe

agak aneh juge bila blog ni mcm senyap sunyi je. korg xjumpa url ke, uols? nnt tokei akan cuba bg promotion besar2an terhadap address blog ni. maybe masa pindah rumah aritu, ada yg terlepas informationnye. check it out from time to time ye

terima kasih kpd yg dah bg feedback dan menunjukkan minat utk datang. kepada yg dah email/text/private msg tokei personally, insya Allah email blast yg pertama akan diberi utk makluman awal, temasuk num akaun utk dibayar depositnye. jgn risau, tarikh akhir utk byr deposit pertama dan confirmkan kehadiran ialah pada 30 JUNE 2011. masih sempat lagi kalau uols nak menabung sikit2. deposit pertama adalah rm100 dan baki rm50 perlu dibayar sebelum 15 September 2011. bayaran baki tu boleh la korg guna balance2 duit raya yg ada kan. hehe

setelah beberapa kali meeting, pihak committe telah plan beberapa aktiviti untuk gath yg akan datang. selain games utk aktiviti ice breaking dan acara sukan rakyat yg dijamin best dan seronok gile, kita juga plan beberapa acara lain

bagi award utk personaliti pilihan, instead of satu kategori sahaja, kita telah buka beberapa kategori yg baru bagi meningkatkan peluang lebih ramai org utk menang. antara kategori yg dicadangkan adalah seperti berikut

1. sengetians paling ramah
2. sengetians paling cool
3. sengetians paling sporting
4. sengetians paling bergaya
5. sengetians paling kelakar

serta beberapa kategori rahsia yg merupakan surprise kepada semua. jadi kepada yg dah berkira2 nk datang, bolehla menyusun strategi utk kategori yg dipertandingkan.

selain itu, seperti yg kita pernah highlite sebelum ini, kita juga akan mengadakan aktiviti gift exchange. bukanla tokei gath cheapskate sgt xnk bg korg doorgifts. kita tetap akan berikan doorgifts yg comel kepada anda semua. tp utk create personal connection between the sengetians, kita cadangkan setiap sorg peserta gath utk bawa hadiah sendiri utk ditukar dgn peserta lain. hadiah tu tak perlu mahal2. asalkan ada personal touch daripada tuan punye, itu pada kitorg lebih exclusive kepada kitorg. tp klu korg nk hadiahkan pakej percutian ke, samsung galaxy tab ke, atau koleksi terbaru habib jewels, kitorg ok je....

kami juga mendapat cadangan dari lantai (suggestion from the floor) utk buat acara biggest loser sengetians. utk acara ni, kita mungkin perlu buat acara pre gathering yg mana peserta yg berminat akan berkumpul utk ditimbang berat beberapa bulan sebelum gath. dan pada hari gathering, peserta akan ditimbang semula dan siapa yg paling byk lose weight akan dikira sebagai pemenang. tapi kami memerlukan feedback anda. kalau ramai yg berminat dgn acara ni, mungkin kami akan pertimbangkan utk dimasukkan ke dalam cadangan aktiviti.

kami memerlukan cadangan dan feedback dari anda semua. kalau ada sebarang idea2 menarik utk dipertimbangkan, sila berhubung melalui e mail rasmi kami atau personal email saya. kalau mau sms atau private msg saya di FB pun boleh. tapi kalau berminat nk date ngn saya, saya hanya mempertimbangkan mereka yg sanggup membelanja saya sekurang2nya nancis dan tandoori peha. takat teh tarik je xlayan!

Wednesday, March 23, 2011

update lagi

hey there.soryla klu update gath nmpk mcm suam2 kuku je. tapi walaupun updatenye jarang2, progressnye tetap ada uols.

terbaru skali, bos besar baru saja melangsaikan down payment utk booking gathering venue bg tarikh 8 dan 9 october nanti. so, it's serious business now. huhu

utk edisi kali ni, saya akan bg sedikit deskripsi tentang tempat kejadian nanti. saya tau ramai yg berharap agar kita dapat repeat venue tahun lepas, but im sorry, it's not going to happen. hehe. tapi demi tak mengecewakan anda semua, kami berjaya juga mendapatkan tempat yg tak kurang juge hebatnya

location ini juga tidakla jauh sgt ngn KL. agak2 kalau mengumpat dalam kereta tu dalam setopik dua dah sampai kut, bergantung juge kepada kadar kepanasan gosip dan kepantasan mulut berbicara. senang cerita xsampai sejam pun boleh sampai (kalau korg xsesat la). dan kita masih lagi mengekalkan konsep kehijauan alam yg mendamaikan, so u guys boleh bygkn la kut camne rupa tempatnya

tempat ini menyediakan cycling / jogging track serta basikal. jadinye mungkin di masa2 senggang korg boleh luangkan masa utk nature walk atau berbasikal dgn gadis2 comel yg bakal datang ke gath. aww..tiada apa yg lebih indah daripada menikmati keindahan alam bersama pemandangan yg indah, uols! and im telling u, kawasan ini boleh tahan luasnya utk diteroka. sempat la korg nk berjalan2 sambil mengenali hati budi dan bertukar2 num telefon. eceh.. haha

selain itu, seperti biasa tempat sebegini juga menyediakan swimming pool utk korg berenang2 ke tepian sambil menunjukkan somersault skill bagi mengalahkan naz tahun lepas. hehe. kalau mau berendam sampai kecut pun xpe. klu xmau berendam tapi mau ushar gadis2 bermandian di swimming pool pun boleh. hehe. dan selain swimming pool, terdapat juga open jacuzi uols! jadi selain berjacuzi dengan pasangan, korg juga boleh berjacuzi dgn kumpulan gadis2 pilihan (kalau derang pun sudi la nk berjacuzi bersama).

dan seperti biasa, apekah tempat gathering tanpa kemudahan karaoke kan? jadi kepada mereka yg gagal dalam cubaan ujibakat mentor, akademi fantasia mahupun rancangan adik adikkku, jgn bimbang kerana anda berpeluang utk menunjukkan 'bakat' nyanyian korg masa gathering nanti. mau belasah mesin karaoke tu sampai lebam pun gasak korg la. janji TAK ROSAK! kang korg semua dah balik jenuh pulak aku cekau duit mau mengganti. maunye balik gathering aku merangkak sampai kl

owh, tidak dilupa juga, terdapat kolam pancing di sini, although ikan2nya kelihatan mcm kecil2 sahaja. xpasti la pula spesis ikan yg berpotensi utk dipancing. tapi demi memenuhi permintaan kaki pancing nanti, saya akan cekidaut semula dgn pemilik tempat kejadian tentang jenis ikan, penyediaan joran dan sebagainya

and my most favourite part, it has a basketball court! so sapa2 yg berminat mau main basketball boleh la kita bermain 3 on 3 nanti ye. jgn risau sbb bola disediakan. tapi klu korg jenis main pakai bola kulit je, xmain bola getah molten tu maka sila la bawa bola sndiri ye

dan kiranya ada rezeki kita bulan 10 nanti, dapatla kita merasa makan durian percuma. masa saya dtg haritu, buah2 duriannye baru nk membesar bagaikan johan lagi. comel2 gitu. insyaAllah, harapnye ada la rezeki kita nnt ye

kalau anda suda teruja dan mahukan details tentang lokasi dgn lebih lanjut, sila hubungi tokei gath di alamat email rasmi. num akaun juga akan diberi melalui email bagi memudahkan anda membuat bayaran deposit pertama gath. jgn lupa, tarikh akhir utk pembayaran deposit adalah 30 june 2011

sebarang pertanyaan, sila berhubung dgn tokei2 gath anda yg terdekat

Tuesday, March 15, 2011

cerita gathering lagi

hey there everybody

dah start booking cuti kesayangan semua? we really hope to see u guys nanti, esp the new faces. come and join us then baru korg tau apa bestnye pegi gathering ni kan

seriously, terima kasih byk2 atas keterujaan anda utk gath edisi ke enam ni. kepada yg xpenah pegi tapi asik dgr cite org je, ni la masanya utk experience sndiri kebestan sengetians ni. gath pun konsep hari raya, setahun sekali juge. klu miss, merasa tggu setahun plak nk pegi lagi

sorry i missed out a few points on the previous post pasal bayaran gath. dah cerita pasal committee mogok segala xcerita lak pasal dateline kan? hehe. mujur sin chan bertanya, kalau tak, merasa la aku menunggu duit masuk sampai tumbuh bulu dagu (xmungkin ada janggut pasal hormon testosterone xcukup)

okla, seperti yg saya maklumkan aritu, bayaran gath dikekalkan pada harga rm150 seorg dan pihak kami menawarkan skim ansuran tanpa cengkeram bagi bayaran gath ini. kepada yg berminat, kami harap anda dapat mendepositkan bayaran pendahuluan sebanyak rm100 sebelum 30 june 2011. that is like 2 bulan lebih lagi kut. sempat la klu menabung sehari rm2.00. sila e mail kepada email rasmi gathering bagi mendapatkan num akaun

bayaran seterusnya pula bolehla dideposit sebelum 15 september 2011 bagi membolehkan persiapan2 terakhir seperti pembelian cenderamata, cetakan buku program dan urusan2 lain dibuat. kami ucapkan terima kasih in advance untuk kerjasama korg semua

pihak committee ada berbincang tentang aktiviti yg kita akan jalankan nanti. selain aktiviti utk icebreaking games dan acara sukan rakyat serta beberapa kategori tambahan untuk anugerah personaliti pilihan sengetians (mcm people's choice award la), kita juga mencadangkan utk aktiviti tukar-tukar hadiah. yeah, u heard me. kita bercadang utk mengadakan gift exchange di kalangan peserta gath.tapi ini xdela sgt mcm gift exchange yg korg selalu main masa sekolah2 atau di kalangan ofismate korg.

mmgla konsep asasnya peserta gathering perlu membawa gift sendiri utk diberikan kepada peserta lain. buat masa ni kami xdela menetapkan minimum harga utk gift tersebut. nanti ada pula yg rasa terbeban tetiba nk pegi shop for gifts kepada org yg xdikenali. tapi kami harap gifts itu bersifat personal as a token of rememberence to the other participant. sebagai contoh, shark memberikan payid lanyard starwars kesayangan dia sbb dia suka starwars. but it can be anythg pun. maybe a favourite shawl, or tabung kesayangan, or poem yg ditulis sendiri, or a mixed CD. anythg, as long as it has your personal touch

korg dah teruja? nantikan update seterusnya utk deskripsi lokasi gath pule. tunggu.....

Friday, March 11, 2011

update! update!

hey u ols

maafkan kami yg terlalu sibuk mau update korg pasal gath ni. harapnye anda semua masih excited sepertimana kami excited mau buat gath ini utk anda

as u guys notices, the url address kita dah ubah sket, atas2 sebab2 keselamatan. kita pun risau juge kalau ada leak di mana2. sekali tgh gath jabatan agama dtg serbu, tuduh kita buat pesta se*ks song sang, padahal time tu semua org tgh mkn durian di gath. how? boleh klimakskah mkn durian, ustaz? jadi demi mengelak sebarang kejadian xdiingini, kami adakan hebahan terhad dulu tentang alamat baru blog rasmi gath ini. sapa2 yg dpt email tu, minta kongsi2 la ngn org yg sepatutnye sahaja ye

seperti dijanjikan, edisi kali ini membawakan sedikit update tentang upcoming gath kita. setelah beberapa sesi perbincangan over lunch, setelah perut beberapa kali kenyang dan wallet makin menipis, maka setelah diperkenankan oleh semua committe members, kami mengumumkan bahawa tarikh sengetians gath ke 6 kita akan jatuh pada

8 dan 9 Oktober 2011

maka cik nadya cullen, sila datang gath sebab kita tak buat bulan september. hehe

ok, sila book cuti2 anda mulai sekarang ye, kesayangan semua. kalau bos korg xapprove, sila suruh dia jumpa bos gathering untuk tindakan tatatertib. hehe

oleh kerana lambat lagi mau gath, maka anda sempat mau menabung bagi mengumpul duit utk bayar duit gath. siap sempat kumpul duit raya lagi kan? heheh. memandangkan menjelang tahun 2011, harga minyak petrol pun naik, govt service tax pun naik 6%, potongan EPF pun naik sampai 11%, maka sukacita kami umumkan bahawa yuran gath masih lagi dikekalkan pada harga yg sama seperti 2 tahun lepas iaitu RM150!
dan kami masih lagi mengekalkan tawaran ansuran tanpa cengkeram 2 kali bayaran. ye, kami tau kami baik ati. hehe.

oleh kerana tempat adalah terhad, kami harap anda dapat sahkan kehadiran anda secepat mungkin melalui email rasmi gath thegath2011@gmail. untuk bayaran pertama sebagai booking fee, sila bayar rm100 sebagai confirmation kehadiran anda ke gath. kami terpaksa mengenakan booking fee dulu kepada anda semua kerana bos gath terpaksa korek tabung sendiri untuk membayar deposit lokasi kejadian gath. jadi oleh kerana bos gath sudah jatuh miskin dan papa kedana, dia tidak dapat lagi memenuhi demand ahli commitee yang mahu upah makan, karok, tgk wayang dan sebagainye. jadi demi mengelakkan ahli commitee mogok xmau kerja maka bos gath terpaksa mengenakan booking fee kepada anda semua

akaun num akan diberi melalui email bagi mengelak sebarng kejadian yg tak diingini. dan maklumat yg lebih sulit hanya akan dihebahkan melalui email sahaja. maklumat  kat blog ni cuma yg lite2 je

nantikan update seterusnya, seperti aktiviti2 yg bakal diadakan bagi mempengaruhi anda utk datang ke gath

Tuesday, February 15, 2011

updates on gath 2011

hey there peeps. thank u so much atas keterujaan anda semua utk join gath kali ini. terima kasih utk sokongan dan ucapan tahniah. terima kasih juga pada yg awal2 dah offer utk hulurkan bantuan kiranya memerlukan

kami sebenarnya sgt2 terharu bila diberi kepercayaan utk organize gath thn ni. insyaAllah, kami cuba buat sehabis baik supaya seperti thn2 lepas, anda pulang dgn kenangan gath yg indah dan merasakan yuran gath yg dibayar adalah well spent

setakat ni pihak committe masih di peringkat perbincangan awal, jadi masih belum ada keputusan rasmi dibuat utk lokasi kejadian. insyaAllah by next mth kami dah boleh confirm tempat beserta tarikh nye sekali. maafla sbb semua committe members adalah wanita berkerjaya yg sgt sibuk. mana nk plan psl gath, nk keja, nk bercinta lagi (ahem)

tapi salah satu aktiviti yg confirm akan diadakan seperti tahun2 lepas adalah penganugerahan award2. biasala, kita semua suka dapat award2 ni kan. tapi thn ni kami takkan buat award utk anugerah blog yg kita suka sebab blog kami masih belum byk gambar dan kami xmau rozek menang lagi thn ni. haha. tapi utk tahun ni, kami memperkenalkan award utk beberapa personaliti pilihan sengetians.

utk tahun ini, kategori yg dipertandingkan adalah

1. sengetians paling ramah mesra
2. sengetians paling cool
3. sengetians paling kelakar

penyertaan adalah terbuka kepada semua peserta gath. jadi masa gath nnt korg leh calonkan sengetians yg dirasakan layak utk memenangi award2 ni.kalau nk observe calon2nye dari sekarang pun xdehal. jadi kepada anda2 semua, bolehla start to flaunt ur personality mulai sekarang andainye menaruh harapan utk memenangi award2 yg dipertandingkan

kami sangat mengalu2kan klu korg ada sebarang cadangan utk kita kongsi sama2. mana tau ada sape2 nk cadangkan tempat ke, aktiviti ke, ataupun menu utk gath nnt. kalau ada juga idea2 utk improve gath yg lepas2 pun bolehla kongsi sama2. insyaAllah yg mana kita leh guna pakai, kita akan apply utk gath kali ni.

any feedbacks, comments or enquiries sila berhubung dgn tokei2 gath yg terdekat. klu xde personal email/ ctc num kitorg, boleh la contact kitorg melalui forum atau email rasmi gath. ataupun tinggalkan je komen kat blog ini ye

stay tuned for the next updates

Thursday, February 10, 2011

and the tradition continues

sengetians gath kini muncul kembali!

setelah diperkenankan oleh sekapal si tokei forum, maka dgn ini kami mengumumkan bahawa sengetians gath akan dianjurkan lagi buat kali ke 6 dalam sejarah penubuhan sengetians. gath2011 ini merupakan anjuran payid sebagai bos besar dan semuthitam selaku bos kecik (sesuai dgn saiz fizikal masing2)
pengumuman rasmi telahpun dibuat di dalam forum sengetians. tapi memandangkan mungkin dah xberapa ramai yg rajin nk masuk forum skang, maka kami create blog ini sebagai medium rasmi propaganda gath 2011. sebarang update terkini korg boleh rajin2 visit blog ini

memandangkan sekarang dah hampir pertengahan februari dan barula kami bersuara nk buat gath, jadi gath ini dijangka akan diadakan sekitar sept atau oct 2011, selepas abis acara2 open house raya puasa. kalau nak dikejarkn sebelum puasa, kita mungkin terpaksa gath ramai2 kat kl sentral je la kut sambil mkn KFC. jadi kami anjakkan masa sedikit utk memberi ruang yg secukupnya utk membuat perancangan yg teliti. kami pun xmaula menghampakan harapan anda yg mengimpikan gath yg best mcm tahun2 yg lepas

lokasi kali ini mungkin tidak begitu jauh dari KL memandangkan ada di antara kita yg mungkin terpaksa merentas beberapa negeri, naik kapal terbang, atau mungkin belon udara dan kapal laut. jadi utk kemudahan semua, kami akn cuba cari lokasi yg paling convenient utk semua org

kami menjemput anda semua, kira org baru atau org lama. xkira single mahupun yg xavailable. xkisahla penah mingle ngn sengetians lain atau tak. xkira ahli forum atau bukan. ini la masanya utk eratkan silaturrahim sesama kita. jadi ayuhla beramai2, sila berasa excited sekarang

dan kami mengalu2kan sebarang cadangan atau komen daripada anda. sila berhubung dgn kami melalui email thegath2011@gmail. com. sebarang surat mengorat mungkin tidak akan dilayan (mungkin ye, mungkin juga dilayan kiranya anda kendu)

OMG, are u guys excited already?