Thursday, July 14, 2011

another update

hey there everybody

alhamdulillah, kami dah selamat terima semua  first payment daripada semua 39 peserta gath. kepada yg dah byr penuh pun, terima kasih byk2. dan harapnye semua peserta gath dah dapat e mail blast kami ttg confirmation dan maklumat awal gath. kalau ada yg xdpt, sila rujuk partner atau ketua rombongan masing2

terima kasih byk atas kesudian korg nk luangkan masa join gath kali ni. kepada yg xdpt dan terlepas booking, kami betul2 mintak maaf sbb mmg dah xdpt nk squeeze lg. lagipun tempat ni adalah per head basis, dan kami pun dah booking keseluruhan tempat tu. unless, kalau ada peserta yg terpaksa menarik diri di saat akhir, mungkin kami boleh letakkan mereka2 yg masih bertanya ini dlm KIV list

tak lupa juga, terima kasih kepada yg bagi sokongan, semangat dan sama2 mendoakan kejayaan gath kali ini. it means a lot to us. u guys are the best. juga kepada yg sudi bg sponsor barang2, terima kasih sgt2. terharu rasanya bila ada yg sama2 tolong meringankan beban kewangan kami. dan kepada anda semua, kalau ada sesiapa yg sudi juge mau sponsor, xkira dr segi material atau monetary, kami dgn tgn terbuka berbesar hati menerima sumbangan2 anda

memandangkan dlm a few weeks back, berlaku masalah dgn lokasi gath yg mana kami overlooked some major details, kami terpaksa membatalkan booking dgn location yg lama. tapi alhamdulillah, we managed to overcome the problem and berjaya secure this new venue dlm masa yg singkat. siap booking the whole place lagi. jadi deskripsi ttg venue pun ada sedikit perubahan

lokasinye masih lagi sepertimana dimaklumkan dalam e mail blast baru2 ini. tapi instead of swimming pool, tempat ni ada sungai uols (atau running swimming pool seperti kata penjaga tempat ni). jadi sediakan kain batik uols untuk berkemban di tepian sungai.

open jacuzzi juge disediakan di sini, dgn bayaran tambahan sebanyak rm50 per session selama 90 minit. jadi kepada yg nk berjacuzzi dgn pasangan atau dgn skandal2 pilihan, sila bayar sendiri kerana pihak kami tidak akan menaja kos percintaan anda

karaoke juge disediakan bagi menunjukkan 'bakat' masing2 dlm bidang nyanyian. kami masih belum mengenalpasti pilihan lagu2 yg ada, tapi demi fanta, kalau xde lagu 'teratai layu di tasik madu' tu, payid sanggup bawak CD karaoke khas. ehehe

tapi malangnye tempat ni xde kolam pancing. tapi jgn risau kerana anda masih berpeluang 'memancing' mereka2 yg single di sini. jadi instead of batang pancing, sila sediakan charming cards anda dan asah skill mengorat masing2

selain itu, semua bilik penginapan juge dilengkapi dgn TV with selected ASTRO channels, mini fridge dan cable internet access. so lepas amik2 gamba boleh terus online dan upload dlm facebook bagi menjeleskan mereka yg xpegi gath

kami juge mengambil kesempatan ni utk memaklumkan bahawa kami akan membuka ruangan iklan pada buku program gath nanti. jadi kalau ada sape2 yg nk iklankan perniagaan masing2 ke, rumah sewa ke atau nk iklankan diri sendiri utk  ON TEMAN. details tentang iklan ni akan diberikan dalam update yg akan dtg

kalau anda ada sebarang kemusykilan (seperti nk tau ex anda pegi gath ke tak, atau gadis yg anda idam2 kan tu duduk sebilik ngn sape, atau detail2 yg lain) sila berhubung dgn tokei besar gath. maklumat2 ekslusif camtu tokei besar je yg ada. klu kemusykilan lain boleh berhubung dgn konco2 gath yg berdekatan