Tuesday, May 31, 2011

30 days from closing date

salam siaran

rupa2nya dah masuk bulan june arini. kira2 tinggal 4 bulan je lagi untuk preparation gath. OMG, jantung mau pecah....

setakat sekarang, alhamdulillah semua berjalan seperti dirancang. kita masih lagi berbincang tentang barangan untk goodie bag dan dijangka akan mencapai kata putus xberapa lama lagi. aktiviti semua dah dirancang, tempat awal2 lagi dah booking, menu pun kita dah plan siap2 (yg ni mmg awal2 lagi. hehe)

baru2 ni pun, saya dah minta sekretari saya (eceh, payid dah pakai sekretari skang) utk spread the news and send invitations thru FB. harapnye semua dah selamat sampai. tapi saya minta maaf siap2 andai ada yg xdpt personal invitaions tu. bukanla niat xmau menjemput, tapi ada di antara korg yg xde dalam frenlistnye. mungkin dlm ramai2 tu juge ada yg terskip2. tapi jgnla berkecil hati dan xnk dtg pula kalau xdpt personal invitation. asalkan anda adalah sebahagian daripada org mcm kita dan ada access ke blog ni, anda semua dijemput hadir ke gath sengetians nanti dgn besar hati

dan suka saya maklumkan tarikh tutup utk deposit pertama gath sebanyak rm100 ialah pada 30 june 2011 ini. kepada berminat sila email secepat mungkin ke thegath2011@gmail.com bagi mendapat butiran seperti bank account number untuk payment transfer. sebarang maklumat yg lebih detail hanya akan diberi melalui email bagi tujuan keselamatan

terima kasih kepada anda semua yg berminat dan membero sokongan kepada gath ini. kalau sape2 yg teringin nk sponsor pun, kami amat berbesar hati mengalu2kan sumbangan anda

sebarang maklumat lanjut, sila berhubung dengan tokei2 gath berdekatan anda. tokei2 gath yg manis dan baik hati sentiasa bersedia membantu anda

Tuesday, May 17, 2011

hey hey...gathering updates datang lagi

uols.... maafin kerna terlalu lama xupdate. rupanya dah sebulan lebih! tokei2 gath pun sebenarnya sibuk bercinta kerja sampai terlupa nak update blog

jgn pulak korg ingt gath ni xjadi ye. it's still on, pada 8 dan 9 october 2011 nanti. dah korek duit tabung bayar deposit venue, apa pulak xjadi nye. hehe

agak aneh juge bila blog ni mcm senyap sunyi je. korg xjumpa url ke, uols? nnt tokei akan cuba bg promotion besar2an terhadap address blog ni. maybe masa pindah rumah aritu, ada yg terlepas informationnye. check it out from time to time ye

terima kasih kpd yg dah bg feedback dan menunjukkan minat utk datang. kepada yg dah email/text/private msg tokei personally, insya Allah email blast yg pertama akan diberi utk makluman awal, temasuk num akaun utk dibayar depositnye. jgn risau, tarikh akhir utk byr deposit pertama dan confirmkan kehadiran ialah pada 30 JUNE 2011. masih sempat lagi kalau uols nak menabung sikit2. deposit pertama adalah rm100 dan baki rm50 perlu dibayar sebelum 15 September 2011. bayaran baki tu boleh la korg guna balance2 duit raya yg ada kan. hehe

setelah beberapa kali meeting, pihak committe telah plan beberapa aktiviti untuk gath yg akan datang. selain games utk aktiviti ice breaking dan acara sukan rakyat yg dijamin best dan seronok gile, kita juga plan beberapa acara lain

bagi award utk personaliti pilihan, instead of satu kategori sahaja, kita telah buka beberapa kategori yg baru bagi meningkatkan peluang lebih ramai org utk menang. antara kategori yg dicadangkan adalah seperti berikut

1. sengetians paling ramah
2. sengetians paling cool
3. sengetians paling sporting
4. sengetians paling bergaya
5. sengetians paling kelakar

serta beberapa kategori rahsia yg merupakan surprise kepada semua. jadi kepada yg dah berkira2 nk datang, bolehla menyusun strategi utk kategori yg dipertandingkan.

selain itu, seperti yg kita pernah highlite sebelum ini, kita juga akan mengadakan aktiviti gift exchange. bukanla tokei gath cheapskate sgt xnk bg korg doorgifts. kita tetap akan berikan doorgifts yg comel kepada anda semua. tp utk create personal connection between the sengetians, kita cadangkan setiap sorg peserta gath utk bawa hadiah sendiri utk ditukar dgn peserta lain. hadiah tu tak perlu mahal2. asalkan ada personal touch daripada tuan punye, itu pada kitorg lebih exclusive kepada kitorg. tp klu korg nk hadiahkan pakej percutian ke, samsung galaxy tab ke, atau koleksi terbaru habib jewels, kitorg ok je....

kami juga mendapat cadangan dari lantai (suggestion from the floor) utk buat acara biggest loser sengetians. utk acara ni, kita mungkin perlu buat acara pre gathering yg mana peserta yg berminat akan berkumpul utk ditimbang berat beberapa bulan sebelum gath. dan pada hari gathering, peserta akan ditimbang semula dan siapa yg paling byk lose weight akan dikira sebagai pemenang. tapi kami memerlukan feedback anda. kalau ramai yg berminat dgn acara ni, mungkin kami akan pertimbangkan utk dimasukkan ke dalam cadangan aktiviti.

kami memerlukan cadangan dan feedback dari anda semua. kalau ada sebarang idea2 menarik utk dipertimbangkan, sila berhubung melalui e mail rasmi kami atau personal email saya. kalau mau sms atau private msg saya di FB pun boleh. tapi kalau berminat nk date ngn saya, saya hanya mempertimbangkan mereka yg sanggup membelanja saya sekurang2nya nancis dan tandoori peha. takat teh tarik je xlayan!