Wednesday, March 23, 2011

update lagi

hey there.soryla klu update gath nmpk mcm suam2 kuku je. tapi walaupun updatenye jarang2, progressnye tetap ada uols.

terbaru skali, bos besar baru saja melangsaikan down payment utk booking gathering venue bg tarikh 8 dan 9 october nanti. so, it's serious business now. huhu

utk edisi kali ni, saya akan bg sedikit deskripsi tentang tempat kejadian nanti. saya tau ramai yg berharap agar kita dapat repeat venue tahun lepas, but im sorry, it's not going to happen. hehe. tapi demi tak mengecewakan anda semua, kami berjaya juga mendapatkan tempat yg tak kurang juge hebatnya

location ini juga tidakla jauh sgt ngn KL. agak2 kalau mengumpat dalam kereta tu dalam setopik dua dah sampai kut, bergantung juge kepada kadar kepanasan gosip dan kepantasan mulut berbicara. senang cerita xsampai sejam pun boleh sampai (kalau korg xsesat la). dan kita masih lagi mengekalkan konsep kehijauan alam yg mendamaikan, so u guys boleh bygkn la kut camne rupa tempatnya

tempat ini menyediakan cycling / jogging track serta basikal. jadinye mungkin di masa2 senggang korg boleh luangkan masa utk nature walk atau berbasikal dgn gadis2 comel yg bakal datang ke gath. aww..tiada apa yg lebih indah daripada menikmati keindahan alam bersama pemandangan yg indah, uols! and im telling u, kawasan ini boleh tahan luasnya utk diteroka. sempat la korg nk berjalan2 sambil mengenali hati budi dan bertukar2 num telefon. eceh.. haha

selain itu, seperti biasa tempat sebegini juga menyediakan swimming pool utk korg berenang2 ke tepian sambil menunjukkan somersault skill bagi mengalahkan naz tahun lepas. hehe. kalau mau berendam sampai kecut pun xpe. klu xmau berendam tapi mau ushar gadis2 bermandian di swimming pool pun boleh. hehe. dan selain swimming pool, terdapat juga open jacuzi uols! jadi selain berjacuzi dengan pasangan, korg juga boleh berjacuzi dgn kumpulan gadis2 pilihan (kalau derang pun sudi la nk berjacuzi bersama).

dan seperti biasa, apekah tempat gathering tanpa kemudahan karaoke kan? jadi kepada mereka yg gagal dalam cubaan ujibakat mentor, akademi fantasia mahupun rancangan adik adikkku, jgn bimbang kerana anda berpeluang utk menunjukkan 'bakat' nyanyian korg masa gathering nanti. mau belasah mesin karaoke tu sampai lebam pun gasak korg la. janji TAK ROSAK! kang korg semua dah balik jenuh pulak aku cekau duit mau mengganti. maunye balik gathering aku merangkak sampai kl

owh, tidak dilupa juga, terdapat kolam pancing di sini, although ikan2nya kelihatan mcm kecil2 sahaja. xpasti la pula spesis ikan yg berpotensi utk dipancing. tapi demi memenuhi permintaan kaki pancing nanti, saya akan cekidaut semula dgn pemilik tempat kejadian tentang jenis ikan, penyediaan joran dan sebagainya

and my most favourite part, it has a basketball court! so sapa2 yg berminat mau main basketball boleh la kita bermain 3 on 3 nanti ye. jgn risau sbb bola disediakan. tapi klu korg jenis main pakai bola kulit je, xmain bola getah molten tu maka sila la bawa bola sndiri ye

dan kiranya ada rezeki kita bulan 10 nanti, dapatla kita merasa makan durian percuma. masa saya dtg haritu, buah2 duriannye baru nk membesar bagaikan johan lagi. comel2 gitu. insyaAllah, harapnye ada la rezeki kita nnt ye

kalau anda suda teruja dan mahukan details tentang lokasi dgn lebih lanjut, sila hubungi tokei gath di alamat email rasmi. num akaun juga akan diberi melalui email bagi memudahkan anda membuat bayaran deposit pertama gath. jgn lupa, tarikh akhir utk pembayaran deposit adalah 30 june 2011

sebarang pertanyaan, sila berhubung dgn tokei2 gath anda yg terdekat

No comments:

Post a Comment